Monday, 15 October 2012

Pengajaran Dari Cinta

Dengan cinta,
aku dapat melihat keindahan dunia,
menghirup nyamannya udara,
merasa bahang mentari,
mendengar alunan merdu nyanyian alam,
melihat karenah manusiawi.

aku bergelumang dosa,
berduka nestapa,
hiba,
lemah,
hilang.

Kutemui jalan pulang,
jauh daripada pergolakan jiwa,
penuh suka dan kebahagiaan
tenang, aman, tenteram.

Semua itu kualami atas nama cinta.
Daripada cinta aku belajar,
Mengenali,
Memahami,
Mencari,
Menemui,
Diriku sendiri.



Dinukilkan pada 25/4/2012, 3.43 pagi..Mahallah Ali..

MASA

Masa,
Sebuah anugerah yang tiada tandingnya,
Tidak dapat dimiliki amhupun dibeli,
Diberi secara percuma oleh Pencipta.

Seringkali masa itu disia-siakan,
Menepatinya selalu diendahkan,
Apatah lagi menghargainya.

Manusia leka dengan nafsunya,
Memandang remeh,
Memperlekeh,
Dan mengambil mudah akan nilai masa.

Bersumpah Pencipta,
“Demi Masa,”
“Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian”
“Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan- pesan dengan kebenaran dan kesabaran”.

Masa itu tidak dapat dinilai,
Tidak dapat dibeli,
Mahupun dimiliki.
Sesuatu yang dikurniakan secara percuma.
Tetapi tidak dihargai.


Tarikh: 17 Januari 2012
Masa:   08.27 pagi
Tempat: AK 5116 (Air Asia from Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu)
Disiapkan: 08.47 pagi

Sekeping Hati


Sekeping hati yang suci,
Bersih daripada noda,
Berpegang kepada janji kejadian,
Beroleh cinta sejati.

Sekeping hati yang dahulunya suci,
Kini telah dicemari noda,
Melupai perjanjian awal kejadian,
Kerana mencari cinta sementara.

Sekeping hati yang telah dinodai,
Hanyut dibuai nikmat cinta dunia,
Mentaati yang tidak kekal.
Menjadi hamba duniawi.

Celakalah hati itu,
Bertunjangkan kesesatan,
Berpandukan keduniaan,
Dan berealitikan khayalan.

Adakalanya,
Sekeping hati yang telah dinodai,
Dapat dilanda kesunyian,
Mencari kembali cinta sejati,
Kerana serik dikhianati.

Sekeping hati yang kesunyiaan,
Mencari cinta abadi,
Merintih menyesali kesilapan,
Mengharapkan keampunan Tuhan.

Sekeping hati yang mencari cinta abadi,
Menyerahkan jiwanya kepada Illahi,
Mematuhi perjanjian asal kejadian,
Mentaati Yang Kekal Abadi.

Berbahagialah hati itu,
Berpaksikan kebenaran,
Dan berlandaskan syariat Tuhan dalam kehidupan.

Tarikh  : 15 Disember 2011
Dinukilkan pada: 2:25 pagi sehingga 3:40 pagi

Saturday, 13 October 2012

Cermin Mata

Hijau,
Kau persis alam,
Metenteramkan jiwa yang gundah gulana.

Tanpa kau,
Aku kelam
Dengan kau,
Aku terang.

Hidupku tidak lengkap,
Tanpa kau disisi.
Jangan kau pergi,
Tinggal aku sendiri.

Hijau,
Sebelum kabus itu sirna,
Terus dampingi aku.
Hingga nanti suatu saat mataku terpejam...


p/s: ciptaan bersama masa Jasa Paragon 13 Oct 2012.. tema cermin mata..dan cermin mata tu warna hijau... credit to Amalina, As ngan sorang lagi sister... :-)

Sunday, 7 October 2012

Janji

Janji....
Hanya satu patah perkataan.
Mampu mencorak masa depan

Manis bagai madu bila diucapkan.
Berderai bagai kaca saat dilupakan..

Janji..
Persetankan kata itu..
Cuma satu kata dari seorang tolol.

Aku tidak mempercayai janji...
Kerana janji itu bukan Tuhan aku.

Tuhan aku tidak pernah mengkhianati aku.
Janji..
Seringkali mengkhianati..

Biarkan Janji menjadi mainan mereka..
Doa aku..
Moga hati aku tetap dengan Al-Quran dan Sunnah.

Amin...


Friday, 5 October 2012

Saat Itu....

Saat itu...
Dia datang...
Ceria, Bahagia..
Dunia seperti sebutir pasir...

Saat itu...
Dia mendekati..
Suka, Duka..
Waktu seperti lukisan...

Saat itu...
Dia ingin mengenali...
Takut, Risau..
Ribut seakan telah melanda..

Saat itu...
Dia mulai jatuh hati..
Kosong, Kosong..
Matahari sudah kehilangan cahaya..

Saat itu..
Dia datang..
Dia mendekati..
Dia ingin mengenali..
Dia mulai jatuh hati..

Saat itu..
Dia tidak mengetahui..
Hatiku sudah lama tiada..
Hatiku telah lama pecah..
Di bawa angin masa..

Saat itu..
Aku menanti...
Seorang wanita..
Yang sanggup bersusah payah..
Hanya untuk membaiki hati aku..

Saat itu..
Dia datang..
Adakah dia wanita itu???
#persoalan diam untuk jawapan dia yang terang#

Oct

It Is October..
It Is Convocation..
It Is Birthday..

It Is Nothing..
It Is Illusion..
It Is  .........

It Is Oct