Monday, 29 April 2013

Seorang Pemimpin....

Mencanak kata- kata
Dari mereka.
Inilah pemimpin yang kami cari.

Dua ideologi politik yang berbeza.
Dua arus gelombang yang berbeza.
Bertembung dalam satu arena.
Arena pentas politik.

Berhujah.
Berdebat.
Berbicara.

Ada yang mendabik dada.
Pilihlah saya.
Korupsi dihapuskan.
Pilihlah saya.
Negara akan maju.

Calon berbalah sesama calon.
Pengikut berbalah sesama pengikut.
Ini kali lah
Lain kali lah.

Terlepas kata.
Putus silaturrahim.
Tajamnya kata-kata.
Sedangkan sebilah pedang belum tentu mampu memutuskannya.

Gelombang A, Gelombang B.
Masing-masing memburukkan antara satu sama lain.
Benar.
Luahkan kebenaran walaupun ianya amat menyakitkan.
Benar.
Zalim harus ditentang.
Benar.
Kesemua hujah mereka benar belaka.

Mereka.
Berteriak.
"Kami lah pemimpin yang mendokong suruhan Agama"
Baik gelombang A, mahupun gelombang B.

Aku.
Seorang pengundi dalam "state of confusion"
Celaru dengan kemajuan teknologi.
Rimas dengan dendam manusia.
Mencari damai dalam dimensi minda.
Ingin memesan kepada generasi hadapan.
Yang kini dipimpin, mungkin akan memimpin di masa hadapan.

Jadilah pemimpin seperti Muhammad.
Tegas, tetapi berhikmah.
Tidak berkompromi, tetapi menghormati.
Menolak dalam senyuman.
Menegur dengan kelembutan dan konsistensi.

Peristiwa Hijrah.
Dua puak berbeza
Bersilaturrahim.
Di bawah seorang pemimpin.

Kisah Hajarul Aswad.
Sekumpulan manusia bertelagah.
Dia datang membawa hikmah.
Memberi penyelesaian berhikmah.
Dia  digelar Al- Amin.

Wahai pemimpin masa hadapan.
Aku hanya mencoret luahan ini untuk tatapan kita bersama.
Semoga kehidupan kita berlandaskan Al-Quran dan As- Sunnah.
Amin.

Saturday, 22 December 2012

Sacrificing

As long as i can smile, i will smile.
Eventhough i am hurt.
As long as i can hold my anger, i will hold it.
Eventhough i am angry.
As long as i can pretend that i do not know, i will pretend to not know.
Eventhough it happens in front of my eyes.

As long as you do not know, i will continue lying.
Eventhough i hate it.

As long as....

.......................

I will.........

...............

Thursday, 13 December 2012

Kedukaan dalam Senyuman

Resah hati..
Dirahsiakan atau diluahkan.
Dia masih tersenyum
Duka dipendamkan.
Menjadi pendengar setia taktala yang lain berduka
Mengukir senyuman untuk yang berduka.
Tanpa mereka mengetahui bahwa dia sedang berduka.

Monday, 26 November 2012

Aku lemas

Masing- masing mencanak pendapat.
Memanah kesalahan sendiri kepada orang lain.
Menutup pintu kemaafan.
Luas terbuka pintu kebencian.
Takbur dengan diri sendiri.
Memandang sinis orang lain.

AKU LEMAS.
SUKAR BERNAFAS.
Aku perlukan ruang dan udara.
Biarkan aku sendirian bersama Pencipta aku.
Terfikir, akukah itu?

p/s: melayan lagu hindustan



Monday, 12 November 2012

Tanjung Dawai 2

Langit cerah.
Lautan luas.
Tenang.
Khusyuk paksu ku memerhati.
Gudang garam menjadi teman.

Beralun - alun dipukul ombak.
Hanyut dalam khayalan.
Mencerna falsafah.
Jasad ku di atas kotak ais.
Mindaku terbang.

Rokok daun, isinya tembakau.
Sentiasa di tangan tua itu.
Sahabat pak su ku yang tidak ku kenal nama nya.
Mulut becok. Pelbagai kisah diceritakan.

Kuno? Kampung? Tak bertamadun?
Di situ aku temui kehidupan.
Menatap ciptaan Tuhan.
Melalui lensa alam dan ragam.

Sunday, 11 November 2012

Tanjung Dawai 1

Aku rindukan suasana subuh itu.
Sebuah masjid di Tanjung Dawai.
Persinggahan di pagi hari.

Rindukan bayu pagi di tanjung itu.
Memikul tong-tong berisi petrol
Berlalu pergi dengan bot kecil.
Menyaksikan sang suria menebarkan cahaya.

Aku rindukan deruan enjin dari bot kecil itu.
Berlumba-lumba ke laut dalam.

Saat itu, angin bayu menenangkan hatiku,
Langit fajar yang mencuri pandanganku,
Aku asyik dalam ketenangan pagi,
Berbaju carik, bertopi jerami,berbau hamis ikan semalam
Personalitiku tampak serabut,tetapi, mindaku tenang.

#suatu pagi semasa aku menjadi awak-awak#

Saturday, 27 October 2012

The Unknwon

Ada seorang manusia
Keseorangan melangkah pergi
Jauh dari sini
Kemudian diam menyepi.

Saat kaki kanannya dihadapan kaki kiri,
Saat itu,
Dia hilang ditelan masa..

Manusia itu,
Yang Tidak Bernama.

Pergi selamanya.