Friday 29 June 2012

Endurance

Things wont be the same.
Where we wont be laughing together,
Where we wont share the opinions,

Because i know you wont be listening to me,
You wont accept my opinion,

Past is past..
Present is present..
Future is future..
It wont change.

Yet,
I am changing,
Because world is not just about
me and you...

Things wont be the same,
Where i will be a listener,
Listen, Listen, Listen...

I will bear with it.

Thursday 28 June 2012

Si Tua, Anak Muda dan Ego.

Seorang tua menegur anak muda...
Janganlah kamu berbuat begini..
Janganlah kamu berbuat begitu..

Mendengar anak muda itu,
penuh dengan anggukan dan penyesalan..
dia belajar dari si tua..

Tiba satu masa,
si tua membuat silap,
anak muda mulai menegur..

Malang, tegurannya,
dibalas dengan cacian,
"Celaka" "kurang ajar"
dan berlalu pergi dengan kesumat di dada.
dendam bercambah.. marah membara...

Termanggu anak muda seketika.
sambil meratapi pemergian si tua.
"Saat kita bertemu, engkau mengajarkan melalui teguran mu"
"Engkau menegur selepas aku membuat salah"
"Saat kita berpisah, kau ajari aku dengan sikapmu"
"Engkau menegurku sebelum aku membuat kesalahan yang sama sepertimu"
dari saat kita bertemu sehingga kita berpisah, kau masih tak lokek berkongsi nasihat..

Terima Kasih si tua...

Berlalu pergi anak muda bersama pengajaran.. Deraian air mata menghapus benih benci... Benak minda penuh dengan pengajaran.

Monday 25 June 2012

Korupsi

Di sana,
aku lihat mereka itu,
ayah dan anak,
isteri dan anak...

Di sini,
aku lihat mereka itu,
pak cik dan anak saudara,
mak cik dan anak saudara..

Di situ,
aku lihat sebuah organisasi bebas
ditunganggi oleh kaum kerabat mereka
membiak dari hari ke hari..

Di sini,
aku adalah minoriti
yang hanya mampu melihat
tanpa mampu berkata.
bimbang aku bakal mengemis.


Permainan Mereka


Mereka menyatakan bahawa mereka berpengetahuan,
Mereka mengatakan bahawa mereka berpengalaman,
Mereka berfikiran yang mereka adalah yang terhebat.

Berjalan mereka dengan megah,
Mencanang ilmu yang penuh di dada,
Sedangkan akal mereka menjadi tadahan kaki,
Dipijak, disepak dan kemudian ditinggalkan.

Sombong,
Jahil,
Sesat,
Tetapi tidak disedari.

Mereka
                Hidup
                                Berlandaskan
                Fantasi
DI ALAM REALITI
                Sambil menjulang tinggi nama,
                                A
                                    G
                                        A
                                           M
                                                A.

Melayu itu Jebat

Tika Tuah dihukum,
bergema serata negeri dengan amukan Jebat

Tika Jebat dibunuh,serata negeri bersorak kematian sang penderhaka..

kata Tuah, tak akan Melayu hilang di dunia.

Kerana Melayu itu Jebat.

Bukan simbol penderhakaan tetapi simbol kebenaran.

p/s:bukan nak rewrite sejarah..juz a thought..

Aku bukan Mereka

Pabila ku diam...
dikatanya aku dungu...
Pabila aku bersuara....
dikatanya aku berlagak...

Pabila aku beraksi...
dikatanya aku kurang ajar...

Akhir sekali....
aku berlalu pergi...
meninggalkan mereka yang suka menegur
tetapi
tak suka ditegur.

#titik noktah#

Impianku

Teringat saat kuntuman bunga ku berikan padanya...

Dia selitkan di tudungnya...

anggun...
cantik..
indah...

Bagaikan bidadari syurga menjejak kaki di bumi..

untuk tatapanku..
Si manusia hina...
Terasa indahnya perasaan itu...

Ku hanya mampu panjatkan doa tanda syukur..
Diiringi satu persoalan..
Mampukah dia aku miliki?

Mood#the past#thepresent#the future#

Wajah Kehidupan

Dua ringgit....
pintanya padaku...
di awal pagi...
di tengah kekalutan dan kesibukkan kota...

Dia....
berbaju merah jambu..
berseluar pendek berwarna hitam..
Aku....
Berkemeja ungu...
Berslack hitam...

Berbeza zahir...
Berbeza agama..
Berbeza bangsa...

tetapi kita berkongsi situasi yang sama...
Aku dan Dia..
Cuma dia lebih berani dari aku..
sedang aku membawa peti rahsia bersamaku..

konklusi 21 June 2012
area chow kit..