Monday 24 September 2012

Syurga Aku

Indah....
Tenang...
Tidak terungkap dengan kata-kata..

Melihat wajah mu,
hati ku berasa tenang,
jiwa ku rasa tenteram...

Ingin aku tatap wajahmu selalu..
Ingin aku dengar suara mu selalu..
Ingin aku berbicara dengan mu selalu..

Kamu syurga aku..
Aku rindu kamu..
Kamu syurga aku..
Aku sayang kamu..
Kamu syurga aku..
Aku taati kamu...

 Titisan air mata bercucuran...
Maaf.
Hanya kata itu mampu aku fikir tika ini.

Aku rindu kamu.. Aku sayang kamu... Aku taat kamu..
Itu monologku..
Yang tak mampu aku zahirkan..

Kamu syurga ku...Maafkan aku..

Kamu ibu aku...Aku putera kamu..
Menangis aku kerana Putera kamu ini pengecut untuk mengatakan
Yang Dia Sayang Kamu., Rindu Kamu..
Hingga Saat ini...

Maaf Ibu.. Aku tidak mampu mengatakannya..
Kerana aku tidak sanggup melihat kamu menitiskan air mata...

Biar aku coretkan sahaja di sini...

IBU.... Aku Sayang Kamu...

#khas buat IBU ku.. Kamariah Bt Othman#

L0v3 I5 (Love is)

Love is a pleasent country,
dislove is wintry,
love is the very weather, not a light fading,
love is a deeper melody

was sent to me by sms..
The author is Aizat Mahfuzah..

Saturday 22 September 2012

Di Mana Hati Aku?

Seorang lelaki,
di tepi jalan yang sibuk
di persimpangan jalan..

Bersamanya papan tanda,
"Di Mana Hati Aku?"
Terpampang tulisan putih berlatar coklat.

Terpacak di tengah panas.
tanpa teduhan
tanpa peneman...

Bagai patung.
Dipandang oleh sekalian umat.
Mulut mereka berkumat kamit..

Jampi serapah kah?
Cacian dan makian kah?
Pandangan dan luahan kah?
Tiada yang tahu kecuali DIA..

Aku melihat..
merenung.
memerhati.

Di mana hati aku??
Pertanyaan itu mula berlegar di ruang minda.
Ku pandang sekali lagi.
Di mana hati aku??
Bingung.

Ku pegang dada.
Hati ku di sini.
Getusku, "perlukah aku tunjukkan pada dia di mana hati?"

Namun,
Aku masih bingung..
Mana hati aku?
Aku lantas hampiri lelaki itu.
Bertanya "Di mana hati aku?"
Nada bingung..

Jawabnya "Sama ada pada manusia atau Tuhan"
Ringkas... Tapi, padat..
Bodoh rupanya aku.
Jalan menundukkan kepala..

#imaginasi# 23 september 2012, 3.47 a.m

Transit

Aku melihat di seorang muda
Di bangku panjang..
Sering bertukar teman..
Perjudisnya aku mengatakan dia seorang pemain cinta.

Melangkah aku dengan teguran di benak minda.
Ku datangi dan perlahan bicara ku mulakan..
Sopan, Lembut, Berlapik...

"Manusia itu bukanlah mainan yang boleh diambil dan diletak sesuka hati"
"Manusia itu punya segumpal darah yang lukanya tidak mengalirkan darah"
"Manusia itu punya perasaan yang harus dijaga agar tak dikhianati"

Dia senyum sambil menganggukkan kepalanya...
Tanda setuju dengan kataku..
Terima kasih atas nasihat mu, wahai penggembara.

Aku mengetahui itu.
Sebab itu lah aku disini..
Kerana akulah mainan itu..
Kerana segumpal darah dalam badan ku ini sudah dihiasi luka..
Kerana perasaan aku sudah lali dikhianati...

Tahu kah kamu penggembara, kenapa aku di sini?
Kerana akulah tempat perhentian bagi yang kecewa.
Yang mencari semangat hidup, yang mencari pintu kebahagian, yang ingin melupakan kesedihan.
Aku tetap disini... Untuk menolong mereka....
Setelah mereka beroleh apa yang mereka hajati, mereka akan pergi..
Aku tetap disini... Menanti kepulangan mereka suatu hari nanti..

Akulah mainan mereka..
Akulah tempat torehan mereka..
Akulah yang tak mengkhianati mereka..

Sanggupkah kamu ganti tempat aku penggembara?
Kerana aku ingin berlalu pergi...
Atau kamu yang akan berlalu??

Aku, penggembara yang kelu lidah akibat prejudis..
Aku berlalu pergi seperti mereka yang pernah singgah dahulu..
Maafkan aku...

Kekallah transit itu disitu..
Setia, tanpa airmata..
Senyuman sentiasa dibibir..

Hanya aku yang tahu dukanya..

#transit yang dilupakan#

Sayang, Dimana Kamu?

Sayang,

Di mana kamu?
Aku merindui kamu.
Aku inginkan kamu.
Sekarang.
Di sisi aku...

Menemani aku...
Membelai aku..
Memujuk aku..
Menenangkan aku..

Sayang,
Aku masih tidak tahu siapa kamu..
Kerana sekarang kamu masih lagi impian aku...
Aku menanti siapakah sayang ku dalam alam nyata ku..

#monolog ku untuk kamu#

Rahsia, Janji dan Penipuan

Rahsia yang disimpan
Akibat janji yang telah diberi
Berakhir dengan penipuan.

Pedih hati,
Celaru minda
Ekspresi yang dusta

Tiada yang tahu
Masing-masing tertipu
Pelakon amatur bersorak gembira.

Dalam tawa ada duka
Dalam ceria ada sedih
Dalam senyuman ada air mata

Berlalu pergi mencemar diri
Hidup sebagai manusia biasa.