Monday 26 November 2012

Aku lemas

Masing- masing mencanak pendapat.
Memanah kesalahan sendiri kepada orang lain.
Menutup pintu kemaafan.
Luas terbuka pintu kebencian.
Takbur dengan diri sendiri.
Memandang sinis orang lain.

AKU LEMAS.
SUKAR BERNAFAS.
Aku perlukan ruang dan udara.
Biarkan aku sendirian bersama Pencipta aku.
Terfikir, akukah itu?

p/s: melayan lagu hindustan



Monday 12 November 2012

Tanjung Dawai 2

Langit cerah.
Lautan luas.
Tenang.
Khusyuk paksu ku memerhati.
Gudang garam menjadi teman.

Beralun - alun dipukul ombak.
Hanyut dalam khayalan.
Mencerna falsafah.
Jasad ku di atas kotak ais.
Mindaku terbang.

Rokok daun, isinya tembakau.
Sentiasa di tangan tua itu.
Sahabat pak su ku yang tidak ku kenal nama nya.
Mulut becok. Pelbagai kisah diceritakan.

Kuno? Kampung? Tak bertamadun?
Di situ aku temui kehidupan.
Menatap ciptaan Tuhan.
Melalui lensa alam dan ragam.

Sunday 11 November 2012

Tanjung Dawai 1

Aku rindukan suasana subuh itu.
Sebuah masjid di Tanjung Dawai.
Persinggahan di pagi hari.

Rindukan bayu pagi di tanjung itu.
Memikul tong-tong berisi petrol
Berlalu pergi dengan bot kecil.
Menyaksikan sang suria menebarkan cahaya.

Aku rindukan deruan enjin dari bot kecil itu.
Berlumba-lumba ke laut dalam.

Saat itu, angin bayu menenangkan hatiku,
Langit fajar yang mencuri pandanganku,
Aku asyik dalam ketenangan pagi,
Berbaju carik, bertopi jerami,berbau hamis ikan semalam
Personalitiku tampak serabut,tetapi, mindaku tenang.

#suatu pagi semasa aku menjadi awak-awak#