Saturday 27 October 2012

The Unknwon

Ada seorang manusia
Keseorangan melangkah pergi
Jauh dari sini
Kemudian diam menyepi.

Saat kaki kanannya dihadapan kaki kiri,
Saat itu,
Dia hilang ditelan masa..

Manusia itu,
Yang Tidak Bernama.

Pergi selamanya.

It is 70^{

It comes and knocking my heart without  realizing it.
It enters and living with me without noticing it.
It leaves and vanishing from me without saying a word.

It comes in silent.
It leaves in silent.

It is 70^{


Friday 26 October 2012

Living by Assumptions

They said, assumption kills hope.
It's true.
They said, assumption is a selfish act.
It's true.
They said, assumption caused pain.
It's true.

Yet,
I am living with assumptions.
Assuming that you are happy without me.
Assuming that I am just a part of your dream.
Assuming that I am artificially created from your imagination.
Assuming that there is someone much better compared to me.
Assuming that God want me to be near to Him.

And,
Don't worry.
I assured you that, it is a positive assumption.
And
Sorry if you were hurt.

#assumption is another way to leave someone to be happy with their life#

p/s : please do not try this in ur life. Merely a reflection of my thinking. :-)

Sunday 21 October 2012

Aku

Aku....
Seorang idealist
Yang hidup dalam dunia Realists.
Tidak Menyokong Liberalists mahupun Mercantalists.


Aku..
Memandang dunia dari sudut conservatist.
Namun masih terbuka untuk pandangan revolutionist.
Berbincang dalam arena liberalist.
Melihat dengan pandangan pragmatist.

 Aku..
Sesat dalam pergaulan golongan extremist.
Lemas dalam kehidupan golongan chauvinist.
Binggung dengan gerak golongan activist.
mencari apakah perjuangan golongan socialist.

Yang Pasti,
Aku Adalah Seorang Hamba
Menagih cinta Illahi.
Dalam Dunia Realiti.

Lembu Yang Sesat Di Dalam Kawanan Singa

Satu isu.
Mencetuskan pelbagai prasangka.
Pihak yang tak bersalah dipersalahkan.
Ramai melihat, tetapi tak membaca.
Sanggup membuang masa, tetapi tak sanggup meluangkan masa.
Lain yang ingin disampaikan, lain yang difahami.
Bodohkah si pemberi?
atau
Bodohkah si penerima?
Ramai melompat kepada konklusi..
Meninggalkan bahagian diskusi..
Lantang bersuara, tidak lantang berfikir.
Alangkah bagus andai lantang dalam kedua-duanya.

#lembu yang sesat di dalam kawanan singa#

*selepas terbaca satu isu dalam group facebook.. Satu gambar yang dipostkan tanpa sebarang title atau introduction, kemudian mendapat respon ramai..previous komen yang menerangkan perihal isu itu, tidak diteliti.. Alhamdulillah aku tidak terikut*

pesanan untuk diri sendiri

Monday 15 October 2012

CINTA

Cinta....
Cinta adalah sesuatu yang subjektif....
Maksud cinta seringkali berbeza tafsirannya...
Setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri tentang cinta...
Begitu juga aku....

Pentafsiran cinta kadang-kadang hadir tanpa kita perlu merasai cinta itu...
Apabila kita mengalami perasaan cinta itu, kita tak bisa mentafsirkannya..
Kerana cinta itu sukar ditafsirkan....
Indah sekali cinta itu....
Walaupun aku masih lagi belum merasai keindahan cinta itu....

Cinta....
Bagiku, aku mempunyai maksud tersendiri tentang cinta...
Percintaan itu ibarat hubungan antara sebatang pena dengan sebuah buku/sehelai kertas....
Selagi mana pena itu bisa menulis, selagi itu cinta tak pernah hilang...
Selagi mana sebuah buku/sehelai kertas itu bisa menerima tulisan dari pena, selagi itu cinta sentiasa ada...
Akhirnya, kisah sebuah cinta akan tercipta hasil nukilan sebatang pena dan sehelai kertas/buku...

Cinta....
Tak akan pernah hilang cinta walaupun pena sudah kekeringan dakwatnya maupun helaian kertas sudah habis....
Pasti akan ada helaian baru dan pena baru yang bakal melakarkan kisah cinta yang baharu....
Andai ditakdirkan pena kekeringan dakwat, andai ditakdirkan tiada lagi helaian kosong....
Maka, berakhirlah sebuah kisah cinta....

Cinta....
Cinta tak pernah bersuara...
Cinta tak pernah melihat...
Cinta tak bisa disentuh....
Tetapi,
Cinta bisa dirasai....
Cinta bisa diberi dan diterima...
Cinta bisa mengubah sesuatu...

The Night


The night.....
that shall be remembered nor be forgotten....

The night that we were cried...
The night that the foolish promises were made..
The night where we were full of anger...
The night where the ego was the only thing exist..
The night where we  never understand each other at all..
The night where we were blaming each other...
The night where we were saying without thinking of consequences...
The night that we never know that we will never be as we were before...
The night that we walked on our own path...

The night that i was letting it go...
The night where i was unconsciously bred the hatred...
The night where i started keeping the secrets...
The night where i started hiding the pain...
The night i was afraid of....

Pengajaran Dari Cinta

Dengan cinta,
aku dapat melihat keindahan dunia,
menghirup nyamannya udara,
merasa bahang mentari,
mendengar alunan merdu nyanyian alam,
melihat karenah manusiawi.

aku bergelumang dosa,
berduka nestapa,
hiba,
lemah,
hilang.

Kutemui jalan pulang,
jauh daripada pergolakan jiwa,
penuh suka dan kebahagiaan
tenang, aman, tenteram.

Semua itu kualami atas nama cinta.
Daripada cinta aku belajar,
Mengenali,
Memahami,
Mencari,
Menemui,
Diriku sendiri.



Dinukilkan pada 25/4/2012, 3.43 pagi..Mahallah Ali..

MASA

Masa,
Sebuah anugerah yang tiada tandingnya,
Tidak dapat dimiliki amhupun dibeli,
Diberi secara percuma oleh Pencipta.

Seringkali masa itu disia-siakan,
Menepatinya selalu diendahkan,
Apatah lagi menghargainya.

Manusia leka dengan nafsunya,
Memandang remeh,
Memperlekeh,
Dan mengambil mudah akan nilai masa.

Bersumpah Pencipta,
“Demi Masa,”
“Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian”
“Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan- pesan dengan kebenaran dan kesabaran”.

Masa itu tidak dapat dinilai,
Tidak dapat dibeli,
Mahupun dimiliki.
Sesuatu yang dikurniakan secara percuma.
Tetapi tidak dihargai.


Tarikh: 17 Januari 2012
Masa:   08.27 pagi
Tempat: AK 5116 (Air Asia from Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu)
Disiapkan: 08.47 pagi

Sekeping Hati


Sekeping hati yang suci,
Bersih daripada noda,
Berpegang kepada janji kejadian,
Beroleh cinta sejati.

Sekeping hati yang dahulunya suci,
Kini telah dicemari noda,
Melupai perjanjian awal kejadian,
Kerana mencari cinta sementara.

Sekeping hati yang telah dinodai,
Hanyut dibuai nikmat cinta dunia,
Mentaati yang tidak kekal.
Menjadi hamba duniawi.

Celakalah hati itu,
Bertunjangkan kesesatan,
Berpandukan keduniaan,
Dan berealitikan khayalan.

Adakalanya,
Sekeping hati yang telah dinodai,
Dapat dilanda kesunyian,
Mencari kembali cinta sejati,
Kerana serik dikhianati.

Sekeping hati yang kesunyiaan,
Mencari cinta abadi,
Merintih menyesali kesilapan,
Mengharapkan keampunan Tuhan.

Sekeping hati yang mencari cinta abadi,
Menyerahkan jiwanya kepada Illahi,
Mematuhi perjanjian asal kejadian,
Mentaati Yang Kekal Abadi.

Berbahagialah hati itu,
Berpaksikan kebenaran,
Dan berlandaskan syariat Tuhan dalam kehidupan.

Tarikh  : 15 Disember 2011
Dinukilkan pada: 2:25 pagi sehingga 3:40 pagi

Saturday 13 October 2012

Cermin Mata

Hijau,
Kau persis alam,
Metenteramkan jiwa yang gundah gulana.

Tanpa kau,
Aku kelam
Dengan kau,
Aku terang.

Hidupku tidak lengkap,
Tanpa kau disisi.
Jangan kau pergi,
Tinggal aku sendiri.

Hijau,
Sebelum kabus itu sirna,
Terus dampingi aku.
Hingga nanti suatu saat mataku terpejam...


p/s: ciptaan bersama masa Jasa Paragon 13 Oct 2012.. tema cermin mata..dan cermin mata tu warna hijau... credit to Amalina, As ngan sorang lagi sister... :-)

Sunday 7 October 2012

Janji

Janji....
Hanya satu patah perkataan.
Mampu mencorak masa depan

Manis bagai madu bila diucapkan.
Berderai bagai kaca saat dilupakan..

Janji..
Persetankan kata itu..
Cuma satu kata dari seorang tolol.

Aku tidak mempercayai janji...
Kerana janji itu bukan Tuhan aku.

Tuhan aku tidak pernah mengkhianati aku.
Janji..
Seringkali mengkhianati..

Biarkan Janji menjadi mainan mereka..
Doa aku..
Moga hati aku tetap dengan Al-Quran dan Sunnah.

Amin...


Friday 5 October 2012

Saat Itu....

Saat itu...
Dia datang...
Ceria, Bahagia..
Dunia seperti sebutir pasir...

Saat itu...
Dia mendekati..
Suka, Duka..
Waktu seperti lukisan...

Saat itu...
Dia ingin mengenali...
Takut, Risau..
Ribut seakan telah melanda..

Saat itu...
Dia mulai jatuh hati..
Kosong, Kosong..
Matahari sudah kehilangan cahaya..

Saat itu..
Dia datang..
Dia mendekati..
Dia ingin mengenali..
Dia mulai jatuh hati..

Saat itu..
Dia tidak mengetahui..
Hatiku sudah lama tiada..
Hatiku telah lama pecah..
Di bawa angin masa..

Saat itu..
Aku menanti...
Seorang wanita..
Yang sanggup bersusah payah..
Hanya untuk membaiki hati aku..

Saat itu..
Dia datang..
Adakah dia wanita itu???
#persoalan diam untuk jawapan dia yang terang#

Oct

It Is October..
It Is Convocation..
It Is Birthday..

It Is Nothing..
It Is Illusion..
It Is  .........

It Is Oct