Monday, 15 October 2012

Sekeping Hati


Sekeping hati yang suci,
Bersih daripada noda,
Berpegang kepada janji kejadian,
Beroleh cinta sejati.

Sekeping hati yang dahulunya suci,
Kini telah dicemari noda,
Melupai perjanjian awal kejadian,
Kerana mencari cinta sementara.

Sekeping hati yang telah dinodai,
Hanyut dibuai nikmat cinta dunia,
Mentaati yang tidak kekal.
Menjadi hamba duniawi.

Celakalah hati itu,
Bertunjangkan kesesatan,
Berpandukan keduniaan,
Dan berealitikan khayalan.

Adakalanya,
Sekeping hati yang telah dinodai,
Dapat dilanda kesunyian,
Mencari kembali cinta sejati,
Kerana serik dikhianati.

Sekeping hati yang kesunyiaan,
Mencari cinta abadi,
Merintih menyesali kesilapan,
Mengharapkan keampunan Tuhan.

Sekeping hati yang mencari cinta abadi,
Menyerahkan jiwanya kepada Illahi,
Mematuhi perjanjian asal kejadian,
Mentaati Yang Kekal Abadi.

Berbahagialah hati itu,
Berpaksikan kebenaran,
Dan berlandaskan syariat Tuhan dalam kehidupan.

Tarikh  : 15 Disember 2011
Dinukilkan pada: 2:25 pagi sehingga 3:40 pagi

No comments:

Post a Comment