Aku melihat di seorang muda
Di bangku panjang..
Sering bertukar teman..
Perjudisnya aku mengatakan dia seorang pemain cinta.
Melangkah aku dengan teguran di benak minda.
Ku datangi dan perlahan bicara ku mulakan..
Sopan, Lembut, Berlapik...
"Manusia itu bukanlah mainan yang boleh diambil dan diletak sesuka hati"
"Manusia itu punya segumpal darah yang lukanya tidak mengalirkan darah"
"Manusia itu punya perasaan yang harus dijaga agar tak dikhianati"
Dia senyum sambil menganggukkan kepalanya...
Tanda setuju dengan kataku..
Terima kasih atas nasihat mu, wahai penggembara.
Aku mengetahui itu.
Sebab itu lah aku disini..
Kerana akulah mainan itu..
Kerana segumpal darah dalam badan ku ini sudah dihiasi luka..
Kerana perasaan aku sudah lali dikhianati...
Tahu kah kamu penggembara, kenapa aku di sini?
Kerana akulah tempat perhentian bagi yang kecewa.
Yang mencari semangat hidup, yang mencari pintu kebahagian, yang ingin melupakan kesedihan.
Aku tetap disini... Untuk menolong mereka....
Setelah mereka beroleh apa yang mereka hajati, mereka akan pergi..
Aku tetap disini... Menanti kepulangan mereka suatu hari nanti..
Akulah mainan mereka..
Akulah tempat torehan mereka..
Akulah yang tak mengkhianati mereka..
Sanggupkah kamu ganti tempat aku penggembara?
Kerana aku ingin berlalu pergi...
Atau kamu yang akan berlalu??
Aku, penggembara yang kelu lidah akibat prejudis..
Aku berlalu pergi seperti mereka yang pernah singgah dahulu..
Maafkan aku...
Kekallah transit itu disitu..
Setia, tanpa airmata..
Senyuman sentiasa dibibir..
Hanya aku yang tahu dukanya..
#transit yang dilupakan#
No comments:
Post a Comment